Hatiku berat untuk meninggalkan keindahan Pulau Mahsuri . Moga memori ini akan kekal menjadi mahabah cintaku padaNYA..
26 Disember 2011
Akhirnya perjalanan ini hampir sampai ke penghujungnya . Terima kasih tuhan kerana izinkan diri ini untuk menggamati ciptaanMu. Di dalam kereta , fikiranku terlayang dengan seluruh keindahan yang menghiasi mata ini. Mataku tidak pernah lenggang daripada menyaksikan bukit kapur di Ipoh dari cermin tingkap kereta. Walaupun sekeliling alam ini gelap dan hanya dihiasi bulan namun keindahan bukit kapur ini makin teserlah . Bukit ini tetap utuh berdiri dengan kecantikannya tersendiri. putih warnanya seakan-akan memancar apabila menerima refleksi dari sang bulan. Subhanallah. sungguh ia tidak diciptakan oleh Sang Khaliq dengan sia-sia.
Mata ini tidak mahu lelap.Aku mahu menyaksikan keindahan ini untukku belajar mensyukuri nikmatNYA . Aku dongakkan pula mataku ke langit dunia yang dihiasi gemerlapan bintang yang menyembunyikan seribu rahsia milik Penciptanya. Jarang sekali bintang sebegini banyak menghiasi langit - langit di bandar. Mungkin keindahan ini hanya dapat disaksikan oleh mereka yang terpilih. Bintang , bulan , bukit , sungai , lautan .. Keindahan ini merupakan bukti kebesaranNYA . Aku terfikir sejenak, Mengapa aku masih terleka ? sedangkan sudah banyak keindahan dan kebesaran al-Rahman sudah ku saksikan? Padahal rasullullah tinggal di padang pasir yang gersang . baginda tidak menyaksikan sebanyak ini keindahan ciptaan kekasihnya , namun kepercayaan baginda kepada Al-Malik tetap utuh ..Tidak seperti aku..hamba yang hina dan tidak bersyukur. Bingkisan bisikan malam itu benar-benar membuatkan air mata in luruh ke bumi. Ya Allah andai ini saat terakhir aku menyaksikan keindahan ciptaanMu di muka bumi ini...Aku redha..
No comments:
Post a Comment