Cool WidgetsStun MeStun Me

Wednesday, 21 December 2011

Cinta itu Indah

"Zu...cuba letak kjap handphone tu..kita kat rumah orang sekarang ni.."tegur ibu berbisik..Kenapa?? bersalah ke aku?? Tak kacau tuan rumah pun? Namun persoalan itu hanya ku simpan dalam hati, takut menyinggung perasaan ibu.
Malam itu, aku lanjutkan malamku untuk dia. Berbalas sms dengannya membuatkan mataku tidak mahu terlelap.Agaknya aku benar-benar sudah angau..Katanya malam itu bulan terang , dia mahu aku menikmati suasana itu bersama-samanya.Namun kulihat ayah belum tidur, masih menonton televisyen.hampir setengah jam aku terhendap-hendap dari bilik ,bilakah ayah akan tidur..akhirnya aku keluar senyap-senyap dari rumah hanya untuk melihat keindahan sinfoni malam bersamanya. Sambil ditemaninya di hujung talian , malam itu kurasakan lebih bermakna.Apabila badanku sudah gatal-gatal digigit nyamuk barulah aku masuk kembali ke dalam rumah.Perlahan -lahan aku menutup pintu agar ayah tidak tersedar dari lenanya. Tapi aku dapat rasakan ayah masih belum tidur.Hanya matanya saja dibuat-buat pejam.
"zu...apa berangan jauh sangat ni? sampai ana datang pun enti tak sedar?" sapa Maryam hampir membuatkan aku melatah terkejut.
" mane ada..pandai-pandai je kau ni Maryam.." balasku tersipu-sipu.Kantoi..Aduh..masak-masak..
" Maryam, waktu ini ada tak seseorang dalam hati kau?" tanyaku spontan.
" tentulah ada." jawabnya sambil tersenyum
" Apabila Dia ada di dalam hati ni, ana rasakan selamat, kerna Dia selalu akan protect ana.Ana jua lebih tenang .Kerna Dia sentiasa menceriakan ana.Apabila ada Dia di dalam hati, ana rasakan lebih bersemangat untuk hidup."itulah luahan Maryam terhadap soalanku.
Kenapa dia buat aku macam ini? kenapa harus berakhir begini? sungguh kegembiraan yang kurasakan hilang hanya dalam sekelip mata.
Ku teringat kata ayah. " Zu ..dalam dunia ini ada tiga jenis manusia, yang pertama mereka yang tidak merasa apa-apa apabila melakukan dosa , lantas Allah biarkan mereka dalam kelekaan mereka. mereka itulah yang dikuasai nafsu amarah.golongn kedua , mereka sekali -kali leka pada nikmat dunia lantas mereka lupa pada Penciptanya.namun apabila Allah kirimkan musibah, mereka kembali menangis mengharapkan Allah.Mereka ingin bermujahadah.Mereka itulah yang dikuasai nafsu lawamah.Golongan yang terakhir ialah mereka yang sentiasa berasa tenang dan aman dan Allah sentiasa melindungi mereka.Mereka telah berjaya dalam mujahadahnya .Mereka itulah yang memiliki nafsu mutmainnah..jadi kita kenalah sentias bermujahadah kepada Allah agar kta dapat memiliki nafsu mutmainnah." aku sedar ayah risaukan aku.Dia tak mahu aku terlena dalam cintan-cintun remaja.
kini barulah aku mengerti maksud Maryam. Apabila Allah sentiasa berada di dalam hati , maka kita akan aman dan tenteram kerna kita memiliki nafsu mutmainnah.
kadang-kadang Allah hilangkan mentari, kita menngis mencari-cari di manakah mentari
kadang-kadang Allah timpakan hujan , kita tertanya -tanya mengapakah Allah kirimkan hujan
rupa-rupanya Allah nak sediakan pelangi buat kita
Aku harus berubah. Mungkin Allah menghilangkan kegembiraanku ini agar aku tidak hanyut.Terima kasih Ya Allah. kerna Kau masih mengetuk pintu hatiku dan tidak membiarkan aku dalm kegelapan dikuasai nafsu amarah.Aku tidak mahu berpaling kembali. Aku takut andai ini adalah ketukan pintu hidayah yang terakhir buatku. Jika aku berpaling mngkin tidak dapat kurasai ketukan dariNYA lagi.YA ALLAH ampunkan dosaku...terimalah taubatku..selama ini aku jarang mengingatimu..gagal menurut perintahMU..
Alhamdulillah, semakin aku kenal pada sifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIMNYA..semakin aku jatuh cinta padaNYA.Aku yakin apa yang telah DIA aturkan untukku ini adalah yang terbaik untukku.Tiada satu pun makhluk di alam ini yang tidak merasai kasih dan sayangNYA. benarlah kata-kata para ulama' andai mahu mengenali Tuhanmu, kenallilah dirimu. Pasti kau akn temui CintaNYA. Kini kudapat rasakan yang cinta itu indah

2 comments:

  1. kadang-kadang Allah hilangkan mentari, kita menngis mencari-cari di manakah mentari
    kadang-kadang Allah timpakan hujan , kita tertanya -tanya mengapakah Allah kirimkan hujan
    rupa-rupanya Allah nak sediakan pelangi buat kita..


    ske ayt ni..

    ReplyDelete
  2. syukran ats crite..boleh bwk pgajarn kat semua...

    ReplyDelete