Cool WidgetsStun MeStun Me

Tuesday, 3 January 2012

Mahabah cintaku di Pulau mahsuri

mahabah cintaku di pulau mahsuri. YA ALLAH cantik benar ciptaanMU..Terasa diri ini tidak layak untuk menatapinya..
22 Disember 2011
Subuh makin lewat. Ayah mengambil keputusan untuk keluar dari lebuh raya utara selatan untuk mencari masjid yang terdekat di kedah. Hampir 15 minit kami merayau hampir ke semua tempat di daerah kecil itu. Alhamdulillah , kami berhenti seketika untuk solat subuh setelah semalaman di lebuh raya. Masjid itu tidaklah sebesar mana namun hatiku terasa bergetar apabila langkah kakiku menjejakkan kaki ke dalam masjid itu. terdengar suara imam memberikan tazkirah subuh kepada jemaah. Hatiku benar -benar terusik apabila mendapati hampir penuh saf jemaah di dalam masjid itu. tidak kira lelaki dan perempuan semuanya khusyuk mendengarkan butir bicara ustaz yang merungkai perihal niat solat dalam sebuah kitab fiqh. Walaupun aku hanya sempat menyertai mereka sewaktu ceramah itu sudah hampir ke penghujungnya namun hati ini tetap melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kerna Allah masih berikan aku kesempatan untuk menyertai mereka. seusai tamat ceramah itu, aku lihat mereka tidak terus beredar tetapi membentuk sebuah bulatan sambil membuka lembaran kitab suci. Aku berandaian sendiri , mungkin mereka ingin tadarus al-quran bersama-sama.Tekaanku benar , salah seorang daripada mereka melafazkan kalam Allah dan disambung dengan maksudnya. subhanallah , di saat itu aku merasakan terlalu kerdil . apalah yang aku isi pada waktu fajarku sehari-hari ? Ya Allah .. adakah aku sebahagian daripada mereka yang lalai??Mungkin inilah rutin harian mereka . Sungguh beruntunglah mereka.. Dan aku??? peristiwa itu membuat nadiku terhenti sebentar memikirkan gerunnya azab neraka andai ku mati saat ini.

No comments:

Post a Comment