Cool WidgetsStun MeStun Me

Monday 23 January 2012


Bingkisan suara Ombak membuatkan hati ini makin jatuh cinta pada keindahan ciptaanNYA..




23 disember 2011
Seperti sayup-sayup kudengar suara ombak memanggil aku untuk mendengar kisahnya. Air laut di sekelilingku kelihatan tenang sekali . Namun , suara ombak tetap mendayu  memecahkan batu -batu di pantai .  Dapat kusaksikan segulung ombak bersama-sama memecahkan batu di sekeliling pulau- pulau kecil itu. Niat mereka hanyalah satu , biarlah batu itu terhakis dan mengecil agar lautan bertambah luas terbentang . Hatiku tersentak pabila menggamati kisah ombak. Batu - batu yang gah di pinggir pulau akhirnya terhakis jua oleh ombak yang berasal daripada lautan yang tenang.
Kiniku sedar bahawa setiap impian yang tampak  mustahil akan berjaya digapai andai usahanya istiqamah.
Pandanganku mula menular pada pulau- pulau kecil disekeliling Langkawi. Kata pemandu bot , pulau sebegini tidak berpenghuni. Melihat strukturnya sahaja sudah mustahil untuk didiami manusia. Pulau itu diseliputi batu-batu keras yang membentuk curam . Seluruh permukaannya hanya ditutupi tumbuhan hijau yang kukuh akarnya  .  Namun ciptaan Allah tidak akan ada  yang sia-sia. Banyak burung-burung yang menghinggapi segenap pulau itu dan terus mengimbangi alam.
Ini kali pertama bagiku menaiki bot di tengah-tengah lautan dengan kedalaman hampir 25 meter aras laut. Menaiki bot sewaktu hopping di pulau langkawi benar-benar tidak mengecewakan.
Sekelilingku hanya lautan yang memendam seribu satu rahsia milik al-Khaliq. Andai di atas daratan ini dapat kusaksikan pelbagai hidupan yang berkongsi oxygen denganku , dapat kurasakan kehidupan di dalam lautan ini lebih banyak lagi yang masih belum terungkai.
Ketakutan memasuki setiap lubuk hatiku. Kiri , kanan , depan dan belakang ku adalah lautan yang ganas memukul bot ini. Andai aku lepaskan genggamanku daripada tiang bot ini , mungkin sahaja lautan ini bakal menelanku.Pada saat itu, aku terfikir beginilah kehidupan manusia yang sebenar. Segala-galanya menolak kita ke dalam lautan kelekaan . Sedikit sekali yang menahan kita dari terus terjatuh dipukul ombak. Namun apakah kita akan terus selamat andai bergantung kepada tangan yang menghulurkan . Kita akan terus kehilangan mereka yang selama ini memimpin erat tangan ini selagi kita tidak bergantung pada yang tidak mati. Kebahagiaan itu tidak akan dirasa puas andai matlamat hati bukan kerana Allah.itulah jiwa mutmainnah. Jiwa mutmainnah dapat digapai pabila kita kosongkan keinginan dan hanya menikmati apa yang sudah tersedia , sambil berusaha mencari dan meraih rezeki yang terjangkau daya.
Tangan ini pantas menulis kata2 indah namun untuk dikotakan payah sekali.  Keasyikan dan keindahan dunia kadang-kala memakan diri ini untuk melupakan segala matlamat hati yang pernah terlakar. Sungguh aku ini hamba yang hina dan menghinakan kerana di saat islam memerlukan aku, aku pula tersenyum dihanyut mimpi sementara. Ya Allah andai umurku Kau panjangkan , peliharalah detik waktuku itu agar meraih redhaMU.

Tuesday 3 January 2012

Mahabah cintaku di Pulau mahsuri

mahabah cintaku di pulau mahsuri. YA ALLAH cantik benar ciptaanMU..Terasa diri ini tidak layak untuk menatapinya..
22 Disember 2011
Subuh makin lewat. Ayah mengambil keputusan untuk keluar dari lebuh raya utara selatan untuk mencari masjid yang terdekat di kedah. Hampir 15 minit kami merayau hampir ke semua tempat di daerah kecil itu. Alhamdulillah , kami berhenti seketika untuk solat subuh setelah semalaman di lebuh raya. Masjid itu tidaklah sebesar mana namun hatiku terasa bergetar apabila langkah kakiku menjejakkan kaki ke dalam masjid itu. terdengar suara imam memberikan tazkirah subuh kepada jemaah. Hatiku benar -benar terusik apabila mendapati hampir penuh saf jemaah di dalam masjid itu. tidak kira lelaki dan perempuan semuanya khusyuk mendengarkan butir bicara ustaz yang merungkai perihal niat solat dalam sebuah kitab fiqh. Walaupun aku hanya sempat menyertai mereka sewaktu ceramah itu sudah hampir ke penghujungnya namun hati ini tetap melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kerna Allah masih berikan aku kesempatan untuk menyertai mereka. seusai tamat ceramah itu, aku lihat mereka tidak terus beredar tetapi membentuk sebuah bulatan sambil membuka lembaran kitab suci. Aku berandaian sendiri , mungkin mereka ingin tadarus al-quran bersama-sama.Tekaanku benar , salah seorang daripada mereka melafazkan kalam Allah dan disambung dengan maksudnya. subhanallah , di saat itu aku merasakan terlalu kerdil . apalah yang aku isi pada waktu fajarku sehari-hari ? Ya Allah .. adakah aku sebahagian daripada mereka yang lalai??Mungkin inilah rutin harian mereka . Sungguh beruntunglah mereka.. Dan aku??? peristiwa itu membuat nadiku terhenti sebentar memikirkan gerunnya azab neraka andai ku mati saat ini.