Cool WidgetsStun MeStun Me

Saturday 7 April 2012

~AyAh, KaMi NaK jAdI AnaK SoLeH.~


~kami nak jadi anak soleh~

Tanpamu , kakiku tidak melangkah sejauh ini..~

AYAH...
Air mata mula jatuh berlinangan , di saat aku menyentuh tapak kaki itu. Aku urut perlahan kaki ayah yang kasar dengan parut. "Arghhhh, sakit kak.." ayah menjerit sedikit apabila tanganku menyentuh kesan lebam di buku lalinya. "Sakit yah? kakak urut slow2 ye.." balasku perlahan menahan sebak. "Ayah, kenapa ayah kerja kuat sangat? Sampai lebam kaki ayah? Macam mana ayah boleh jatuh? ...Ayah... , jangan sakit...". Tangan yang kulurutkan pada ayah terhenti apabila aku mendengar dengkurannya  yang sudah lena kepenatan. Kututup perlahan daun pintu, agar tidak mengganggu ayah yang sedang menghilangkan penat dan sakitnya mencari rezeki untuk kami. Tiada apa yang boleh aku berikan kepada ayah saat ini, untuk menghilangkan sakit dan penatnya. Cuma kata ini yang ingin sekali kulafazkan buat ayah.." ayah...terima kasih..".

kasih ayah kekal selamanya walau tanpa kata.
Mungkin lafaz itu jarang sekali diucapkan oleh seorang anak kepada ayah. Lafaz itu hanya terkunci rapat seakan-akan tidak dapatku luahkan . Namun walaupun tanpa lafaz itu, aku yakin ayah akan tetap mencari rezeki buat kami. Sakit dan penat cuba disembunyikan. Aku tahu  ayah hanya mahu nampak gagah dan sihat sepanjang masa bersama-sama kami.
untuk ayah (^,^)

   
Surat cinta untuk ayah..
Ayah,
Malam itu ayah tanya dengan muka yang sungguh-sungguh, mengharapkan kami menjawab soalan ayah. Sampaikan ayah sanggup bagi RM 10.00 kepada siapa yang dapat menjawab soalan ayah. =)
Ayah tanya," Bagaimana perangai ayah, macam mana gaya ayah ? "
Sampai sekarang kakak tertanya-tanya , kenapa ayah tanya kami erk?  hehehehehehe.=)
Ayah,
Rasa-rasanya kakak dengan adik-adik tak perlu jawab persoalan tu sebab sudah tentulah ayah yang paling hebat dalam hati kami kan? (^,^) You are my Hero ...
Ayah,
Bagaimanapun perangai ayah, macam mana pun gaya ayah, ayah tetap yang terbaik buat kami. Sebab kami tahu ayah sangat-sangat sayangkan kami..Walaupun ayah tak pernah cakap.
Ayah,
Kalau ayah nak tahu jugak , kakak paling suka gaya ayah . Smart dan steady jek.. (>,<)
Sejujurnya, ayah nampak gah dan hansome sangat kalau pakai jaket hitam dengan cermin mata hitam..Confirm orang ingat ayah polis..hahhahahahaha(^,^) tapi waktu ayah pakai baju melayu , kain pelekat dan kopiah..muka ayah berseri sangat ..tenang sangat..kakak suka tengok...
Ayah, ayah ingat tak , waktu ayah cerita dekat kakak pasal mimpi ayah berrjumpa baginda Rasullullah ? Ayah nak tahu tak? kakak nangis lepas tu.. kakak terbayang andai ayah benar-benar duduk dan tinggal bersama Nabi Muhammad di Syurga Firdausi kelak..Ayah , kakaklah orang yang palng seronok sekali .itulah yang kakak doakan setiap hari..Ya Allah , kau tempatkanlah ibu dan ayah ku di SyurgaMu..
Ayah,
kakak dan adik - adik akan cuba untuk jadi anak yang soleh dan solehah . Sebab kami nak doa banyak-banyak untuk ayah dan ibu. Ustazah pernah bagitahu,
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya” 
(Riwayat Muslim). 
Sebab tulah kakak nak jadi anak yang solehah, kakak nak adik-adik pun jadi anak -anak yang soleh..Sebab kami nak doa banyak-banyak supaya Allah pelihara ibu dan ayah di dunia dan di akhirat nanti.
Ayah,
Bila ayah dah tak de kat dunia ni nanti, kakak nak sangat angah jadi imam solat untuk ayah. Sebab kakak nak angah doa yang sungguh-sungguh depan Allah.
kakak nak sangat adik -adik mandikan ayah, sebab nanti ayah selesa dan adik - adik akan jirus perlahan-lahan sampai badan ayah bersih . macam ayah mandikan kami dulu .
kakak pula akan buat semua tu nanti untuk ibu .InsyaAllah..
Kami juga akan teman ayah , sampai liang lahad . Kami akan doakan ayah..sungguh-sungguh ... sebab nanti Allah tahu , ayah dan ibulah yang didik kami kenal Allah. Ayah dan ibulah yang jadikan kami orang-orang yang berguna. Tentu nanti ringan beban ayah..
Ayah, doakan kami agar jadi anak yang soleh dan soleha . Sebab kami tak mampu nak balas jasa ibu dan ayah dekat dunia ni. Walaupun dengan segunug emas dan berlian ..masih tak mampu untuk kami balas kasih dan pengorbanan ayah dan ibu.. kami hanya mampu jadi anak yang soleh agar ayah dan ibu bahagia .
Ayah,
terima kasih ...sebab jaga kakak masa kakak kecik dulu..kakak tahu , kakaklah yang paling banyak menyusahkan ayah. kembung perut , nangis ..tentu ayah penatkan jaga kakak kan?
terima kasih.... sebab bertungkus lumus redah paya , hutan untuk cari duit yang halal buat kami...tentu ayah penatkan?  kakak tahu ayah penat sangat , tapi ayah tak nak tunjuk.. ayah masih boleh gelak-gelak bila adik naik belakang ayah..macam kuda...padahal masa tu ayah masih penat lagi kan?
terima kasih ...sebab selalu nasihat dan buat kami gembira.. tentu susah hidup ni kalau ayah x de.. Ayah benar-benar anugerah buat kami..
TERIMA KASIH AYAH...
tanpa ayah, kaki kami tidak akan melangkah sejauh ini..
Ayah, kakak minta maaf ye..sebab tak dapat tolong ayah,.selalu susahkan ayah..kadang-kadang buat ayah marah.. kakak minta maaf sangat2..
ayah, waktu kakak tulis surat ni , air mata asyik mengalir jek.. x henti2...=(
ayah...KAMI SAYANG AYAH SANGAT2 ...(^,^)
sebab tu kami nak jadi anak soleh...(^,^)
tu tgn ibu, ayah dgn kakak mse kecik.(^,^)
Ayah,
Bagi mereka, kau hanyalah ibarat pelangi hitam putih yang hadir tanpa mereka sedari, tapi bagiku kau ibarat pelangi  bewarna-warni yang wujud di kaki langit ,mewarnai hidupku sekian lama tanpa jemu.

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ~( copy paste)

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah...(^_^)
p/s: Andai dulu tidak kita sedari betapa kasihnya ayah pada kita , kini hargailah selagi ia masih ada…


Wednesday 4 April 2012

Aku pergi kerana Allah ~ Ammar Aminuddin


Hujan lebat mengguyur  bumi. Malam sudah lewat. Huda masih termenung di sisi katil ditemani ayat-ayat al-Quran di hujung telinga. "Wahai Allah, mengapa dia hadir ketika ini? ketika tanah masih belum kering dengan hujan kesedihan? " monolog huda kepada Rabbi.
Pertunangan Huda bersama Haikal tidak kekal ke jinjang pelamin. Mungkin tiada jodoh. Huda redha dengan ketentuan Allah, kerna dia sedar Allah adalah sebaik-baik perancang. Namun , kesedihan itu berlarutan apabila dia telah menerima mesej ringkas milik seorang muslimin yang dia cukup kenali.
" Miftahul Huda bt Hashim, boleh ana minta nombor telefon walimu? Kerana ana benar-benar ikhlas untuk menjadikan puterinya ini sebagai pemaisuri hidup ana sampai syurga..InsyaAllah..~ Ammar Aminuddin"
Huda masih tidak dapat melelapkan mata dek kerana tamparan hebat dari sms itu. Dia kenal benar dengan penghantar sms itu. Ammar Aminuddin . Seorang muslimin yang pernah memikat hatinya 15 tahun yang lalu sewaktu mereka masih setahun janggung menuntut di SMA (Sekolah Menegah Agama) .
Perasaan Huda bercampur baur. Marah, benci , sakit hati dan semuanya perasaan yang negatif kepada Ammar. Bagi Huda itulah pemuda yang telah merosakkan hidupnya. Kenangan itu sudah lama dikuburkan dari sudut hatinya . Namun malam itu, dengan mudah peristiwa itu terungkai bagai paparan filem dari mindanya.
15 tahun yang dulu, Ammar dan Huda ibarat pena dan kertas. Secocok sekali . Sama-sama pandai, sama-sama cantik. Permulaan perhubungan mereka hanyalah sakat -sakat nakal daripada teman-teman . Namun, gurauan bertukar kenyataan . Dalam diam mereka benar-benar sudah jatuh hati. Namun , bunga tidak selalunya harum. Taman tidak selalunya indah. Cinta kepada manusia juga tidak selalunya bahagia.
Seusai majlis akhir tahun , Ammar meminta Huda  berjumpa dengannya untuk sekian kali namun Ammar berpesan agar membawa teman.  Kata Ammar , ingin memberikan sesuatu sebagai kenangan kerana dia tidak akan meneruskan pengajiannya di SMA untuk tahun hadapan . Huda turutkan saja walau hatinya takut-takut untuk pergi kerana dia tidak pernah bertemu muka bersama Ammar.  Pada awalnya , Huda ditemani Fatimah sahabat karibnya. Tiba-tiba Fatimah mengadu sakit perut lalu pulang ke asrama . Huda takut Ammar menunggunya lalu dia pergi ke taman seorang diri." Sekejap je, lepas ambil hadiah tu , balik lah," bisik hatinya. Namun tidak dia menyangka malam itu merupakan tanda hitam yang tercalit pada takdirnya. Ustaz Azmi yang kebetulan lalu di taman, menyalah anggap perbuatan mereka .
" Ustaz...bukan salah saya...kami tidak buat apa-apa.." rayu Huda teresak-esak menahan tangisan. Namun pada saat itu Ammar hanya tunduk tidak berkata walau sepatah untuk membela Huda dan dirinya. Seakan-akan mereka benar-benar merancang untuk melakukan perkara itu. " Ustaz, sumpah !! Demi Allah , saya tidak buat apa-apa..saya cuma " kata-katanya terhenti di situ. " Aku cuma??? ...mengambil hadiah dan berjumpa seorang ajnabi pada waktu malam di tempat yang sunyi??" ....Di situ , baru dia tersedar..Dia yang mengundang fitnah dan bukan salah takdir. Huda redha.
Ammar pergi meninggalkannya . Entah kemana. Meninggalkan palit duka di wajahnya. Huda menanggung malu seorang diri di situ. Segala sindiran daripada guru-guru ditelannya. Segala kutukan dan kejian daripada teman-teman diterimanya. Pada ketika itu, dia bagai ingin pergi jauh...Jauh seperti Ammar. " Ammar, sampai hati kau tinggalkan aku begini."Huda hanya mampu menerima segala kepahitan itu dengan Redha.
Sepanjang 2 tahun di SMA , Huda belajar bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa dia juga mampu berjaya. Dia juga ingin berjaya agar guru-guru tidak terus-menerus kesal dengannya. Dia ingin memberikan kejayaan itu buat abah dan ummi agar arang dimuka mereka hilang dengan sendiri. Dia ingin berjaya agar duka di hatinya terubat sendiri . Dia ingin berjaya untuk menakluk semula 'hati' Allah agar hidupnya kembali berada dalam RAHMANNYA.
Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 25,
" Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatimu. jika kamu orang yang baik , maka sungguh , Dia Maha Pengampun kepada orang yang bertaubat "
Kini , dia bergelar siswazah yang memegang ijazah lulusan Akademik Pengajian Islam di Universiti Malaya. Sehingga kini , Miftahul Huda tidak tahu di mana Ammar Amminuddin.
Ammar hanya memerhatikan tafsir merah jambu yang masih elok di sisi mejanya. "Huda, inilah hadiah yang ingin kuberikan padamu pada malam itu. Aku berniat untuk menamatkan perhubungan kita yang salah itu dengan pemberian ini. Tidakku sangka Allah telahpun merancang untuk memisahkan kita. Aku redha andai itu yang terbaik untuk kita. Huda, aku mengerti andai kau membenciku kerna aku meninggalkan dirimu sendiri menanggung malu. Andai aku mampu untuk menjadi telingamu waktu itu, agar kau tidak mendengar walau sepatahpun kata-kata mereka. Andai aku mampu untuk melindungi dirimu dari dikeji dan dihina oleh mereka. Maafkan aku, Huda. Aku tahu kamu muslimah yang tabah.Huda, aku pergi kerana Allah". Bagi Ammar, penyesalan tidak berguna kerna Dia yakin dengan Allah kerna Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Firman Allah dalam surah an nisa' ayat 19
  "....... kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
Dan benarlah takdir Allah itu Maha Hebat. Ammar merupakan teman sekuliah Haikal di Universiti Mansoura , Mesir. Ammar menceritakan segalanya kepada Haikal dan Haikal telah   memutuskan pertunangan dengan Miftahul Huda walaupun dilarang Ammar. Bagi Haikal mungkin dia adalah perantara bagi Huda dan Ammar dan dia tidak kecewa walau sedikit pun kerana dia yakin Allah akan takdirkan yang lebih baik untuknya.
Seusai istikharah, barulah Huda mampu untuk melelapkan mata. Dalam mimpinya, Ammar datang menghulurkan tafsir merah jambu dengan senyuman kepadanya. Wajah Ammar redup sekali dengan jubah putih yang dipakai. Mimpi itu datang berulang-ulang kali pada malam yang berikutnya. Sejak itu hati Huda seakan-akan dibuka untuk Ammar. Sememangnya benarlah bahawa kita hanya mampu merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Alhamdulillah, Ammar Aminuddin dan Miftahul Huda dikurniakan dua cahaya mata. Aiman Hakim dan Nur Insyirah . Kini kebahagiaan milik mereka . Perpisahan kerana Allah itu lebih baik kerana pasti Allah akan meredhainya. 

Monday 2 April 2012

Sedarkah kita nikmat itu ujian?


~Apabila nikmat itu bertukar ujian~
Mawar itu cantik tapi ia berduri.


Kini genap 4 bulan...Cepat benar masa berlalu . Zaman penantian keputusan SPM juga telah berakhir. Aku tercari-cari apakah hikmahnya Allah tempatkan aku di sini? Selama 4 bulan aku duduk berehat di rumah , adakah ia berbaloi? Pernah seketika hati ini berasa sebal dan kesal kerana aku rasakan amalanku makin berkurang , walaupun masaku semakin bertambah. Padahal ,kehidupan yang sibuk dulu masih dapat aku aturkan untuk memperbaiki amalan sehari. Mengapa kini tidak? Soalan itu berlegar-legar di minda. Sehingga pernah aku terfikir, mengapa Allah tidak tempatkan aku di tempat yang dikelilingi orang soleh? Seperti sahabat-sahabatku yang lain, agar hati ini lebih terpelihara? Terbit rasa cemburu buat mereka. Mengapa Allah tidak pilih aku? Hampir setiap malam aku menangis , mencari di mana hilangnya kekuatan? di mana hilangnya ketenangan? di mana hilangnya kebahagiaan? Tidak sampai beberapa ketika aku menyelak surat cinta Allah (al-Quran) , hatiku tersentak kerana Allah menjawab segala pertanyaanku dalam surah an nisa' ayat 19
  "....... kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya"

 Benarlah Allah itu Maha Mendengar , Allah itu mendengar setiap keluh kesah hambaNYA.DIA tidak akan membiarkan hambaNYA kesepian dan kesedihan.Kini aku yakin Allah telah merancang sesuatu yang terbaik buatku. Hati dan jiwaku terasa disentuh dengan lembut sekali dengan tarbiah dari AR-RAHMAN.


Firman Allah ," Dia memberikan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Barang siapa diberi hikmah,sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak.Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal yang sihat." Surah al-baqarah _ayat 269.

Kini aku sedar hikmahnya. Allah berikan aku nikmat masa lapang , agar aku dapat melaksanakan tanggungjawabku sebagai anak sebaik mungkin . Kerana  selepas ini, mungkin  Allah akan aturkan sesuatu yang lain buatku sehingga masaku bersama ayah, ibu serta saudara-saudaraku lebih singkat berbanding kini. Ya, aku harus berbakti kepada mereka agar masa ini tidak aku buang dengan sia-sia. Inginku niatkan semua perbuatanku ini agar ia menjadi ibadah. Wahai Allah terimalah segala amalanku , walau aku tahu ia tidak sempurna dan serba kekurangan. Alhamdulillah, sesaat gelap yang dulu sudah berakhir. Kini Aku ikhlas dan redha menerima semua KetentuanNya kerna aku yakin DIA tahu apa yang terbaik . Aku juga faham bahawa segala kepahitan , kesenangan dan kebahagian akan berakhir. Jadi , harus aku syukuri semuanya.Sesaat dulu akan hilang dan sesaat yang baru akan muncul memberi sinar baru. Harus aku jadikan hari esok lebih baik dari semalam agar aku tidak lagi tersepit di celah-celah kegelapan nikmat masa. Begitu berat apabila nikmat itu menjadi ujian kerana mungkin kita tidak mampu mengurus nikmat agar ia menjadi berkat .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hati gersang ibarat mawar indah yang layu

Jika dulu, masa lapang itu dirasakan nikmat sekali,
 Andai dapat dinikmati setiap hari,
 Jika dulu,makanan yang sedap itu kelihatan nikmat sekali.
Andai dapat dinikmatinya setiap hari.,
Jika dulu, rebahkan badan yang lenguh duduk sekian lama menelaah itu nikmat sekali.,
Andai dapat dinikmatinya setiap hari,
Jika dulu, dapat beriadah  dan bergembira itu terasa nikmat sekali,
Andai dapat dinikmatinya setiap hari,
Kini Allah berikan nikmat masa lapang itu sekian kali,
Namun mengapa sekarang dirasakan nikmat itu berlalu pergi?
Segalanya seakan-akan biasa dan membosankan.
Sehingga akal tidak mampu untuk berfikir ,
Kemana harus ku bawa masa ini?
Akhirnya, masa itu kuserah pada nafsu,
Sehingga keseronokan itu kurasa setiap hari,
Namun masih tidak puas nafsu membawa masa pergi,
Sehinggakan masa itu berlalu pergi tanpa disedari,
Sehingga kini penyesalan tidak berguna lagi,
kerana masa tidak akan kembali,
dan nafsu semakin liar di hati,
sukar untuk kutundukkan kembali,
Kini, hanya tangisan untuk Rabbi,
Sebagai taubat di sudut hati yang ingin kembali.
                nukilan ~ fathin faziera bt mansor

Benarlah firman Allah,
 " Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan , kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku , Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun , Maha Penyanyang._surah Yusuf ayat 53.