Cool WidgetsStun MeStun Me

Monday, 23 January 2012


Bingkisan suara Ombak membuatkan hati ini makin jatuh cinta pada keindahan ciptaanNYA..




23 disember 2011
Seperti sayup-sayup kudengar suara ombak memanggil aku untuk mendengar kisahnya. Air laut di sekelilingku kelihatan tenang sekali . Namun , suara ombak tetap mendayu  memecahkan batu -batu di pantai .  Dapat kusaksikan segulung ombak bersama-sama memecahkan batu di sekeliling pulau- pulau kecil itu. Niat mereka hanyalah satu , biarlah batu itu terhakis dan mengecil agar lautan bertambah luas terbentang . Hatiku tersentak pabila menggamati kisah ombak. Batu - batu yang gah di pinggir pulau akhirnya terhakis jua oleh ombak yang berasal daripada lautan yang tenang.
Kiniku sedar bahawa setiap impian yang tampak  mustahil akan berjaya digapai andai usahanya istiqamah.
Pandanganku mula menular pada pulau- pulau kecil disekeliling Langkawi. Kata pemandu bot , pulau sebegini tidak berpenghuni. Melihat strukturnya sahaja sudah mustahil untuk didiami manusia. Pulau itu diseliputi batu-batu keras yang membentuk curam . Seluruh permukaannya hanya ditutupi tumbuhan hijau yang kukuh akarnya  .  Namun ciptaan Allah tidak akan ada  yang sia-sia. Banyak burung-burung yang menghinggapi segenap pulau itu dan terus mengimbangi alam.
Ini kali pertama bagiku menaiki bot di tengah-tengah lautan dengan kedalaman hampir 25 meter aras laut. Menaiki bot sewaktu hopping di pulau langkawi benar-benar tidak mengecewakan.
Sekelilingku hanya lautan yang memendam seribu satu rahsia milik al-Khaliq. Andai di atas daratan ini dapat kusaksikan pelbagai hidupan yang berkongsi oxygen denganku , dapat kurasakan kehidupan di dalam lautan ini lebih banyak lagi yang masih belum terungkai.
Ketakutan memasuki setiap lubuk hatiku. Kiri , kanan , depan dan belakang ku adalah lautan yang ganas memukul bot ini. Andai aku lepaskan genggamanku daripada tiang bot ini , mungkin sahaja lautan ini bakal menelanku.Pada saat itu, aku terfikir beginilah kehidupan manusia yang sebenar. Segala-galanya menolak kita ke dalam lautan kelekaan . Sedikit sekali yang menahan kita dari terus terjatuh dipukul ombak. Namun apakah kita akan terus selamat andai bergantung kepada tangan yang menghulurkan . Kita akan terus kehilangan mereka yang selama ini memimpin erat tangan ini selagi kita tidak bergantung pada yang tidak mati. Kebahagiaan itu tidak akan dirasa puas andai matlamat hati bukan kerana Allah.itulah jiwa mutmainnah. Jiwa mutmainnah dapat digapai pabila kita kosongkan keinginan dan hanya menikmati apa yang sudah tersedia , sambil berusaha mencari dan meraih rezeki yang terjangkau daya.
Tangan ini pantas menulis kata2 indah namun untuk dikotakan payah sekali.  Keasyikan dan keindahan dunia kadang-kala memakan diri ini untuk melupakan segala matlamat hati yang pernah terlakar. Sungguh aku ini hamba yang hina dan menghinakan kerana di saat islam memerlukan aku, aku pula tersenyum dihanyut mimpi sementara. Ya Allah andai umurku Kau panjangkan , peliharalah detik waktuku itu agar meraih redhaMU.

Tuesday, 3 January 2012

Mahabah cintaku di Pulau mahsuri

mahabah cintaku di pulau mahsuri. YA ALLAH cantik benar ciptaanMU..Terasa diri ini tidak layak untuk menatapinya..
22 Disember 2011
Subuh makin lewat. Ayah mengambil keputusan untuk keluar dari lebuh raya utara selatan untuk mencari masjid yang terdekat di kedah. Hampir 15 minit kami merayau hampir ke semua tempat di daerah kecil itu. Alhamdulillah , kami berhenti seketika untuk solat subuh setelah semalaman di lebuh raya. Masjid itu tidaklah sebesar mana namun hatiku terasa bergetar apabila langkah kakiku menjejakkan kaki ke dalam masjid itu. terdengar suara imam memberikan tazkirah subuh kepada jemaah. Hatiku benar -benar terusik apabila mendapati hampir penuh saf jemaah di dalam masjid itu. tidak kira lelaki dan perempuan semuanya khusyuk mendengarkan butir bicara ustaz yang merungkai perihal niat solat dalam sebuah kitab fiqh. Walaupun aku hanya sempat menyertai mereka sewaktu ceramah itu sudah hampir ke penghujungnya namun hati ini tetap melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kerna Allah masih berikan aku kesempatan untuk menyertai mereka. seusai tamat ceramah itu, aku lihat mereka tidak terus beredar tetapi membentuk sebuah bulatan sambil membuka lembaran kitab suci. Aku berandaian sendiri , mungkin mereka ingin tadarus al-quran bersama-sama.Tekaanku benar , salah seorang daripada mereka melafazkan kalam Allah dan disambung dengan maksudnya. subhanallah , di saat itu aku merasakan terlalu kerdil . apalah yang aku isi pada waktu fajarku sehari-hari ? Ya Allah .. adakah aku sebahagian daripada mereka yang lalai??Mungkin inilah rutin harian mereka . Sungguh beruntunglah mereka.. Dan aku??? peristiwa itu membuat nadiku terhenti sebentar memikirkan gerunnya azab neraka andai ku mati saat ini.

Wednesday, 21 December 2011

Cinta itu Indah

"Zu...cuba letak kjap handphone tu..kita kat rumah orang sekarang ni.."tegur ibu berbisik..Kenapa?? bersalah ke aku?? Tak kacau tuan rumah pun? Namun persoalan itu hanya ku simpan dalam hati, takut menyinggung perasaan ibu.
Malam itu, aku lanjutkan malamku untuk dia. Berbalas sms dengannya membuatkan mataku tidak mahu terlelap.Agaknya aku benar-benar sudah angau..Katanya malam itu bulan terang , dia mahu aku menikmati suasana itu bersama-samanya.Namun kulihat ayah belum tidur, masih menonton televisyen.hampir setengah jam aku terhendap-hendap dari bilik ,bilakah ayah akan tidur..akhirnya aku keluar senyap-senyap dari rumah hanya untuk melihat keindahan sinfoni malam bersamanya. Sambil ditemaninya di hujung talian , malam itu kurasakan lebih bermakna.Apabila badanku sudah gatal-gatal digigit nyamuk barulah aku masuk kembali ke dalam rumah.Perlahan -lahan aku menutup pintu agar ayah tidak tersedar dari lenanya. Tapi aku dapat rasakan ayah masih belum tidur.Hanya matanya saja dibuat-buat pejam.
"zu...apa berangan jauh sangat ni? sampai ana datang pun enti tak sedar?" sapa Maryam hampir membuatkan aku melatah terkejut.
" mane ada..pandai-pandai je kau ni Maryam.." balasku tersipu-sipu.Kantoi..Aduh..masak-masak..
" Maryam, waktu ini ada tak seseorang dalam hati kau?" tanyaku spontan.
" tentulah ada." jawabnya sambil tersenyum
" Apabila Dia ada di dalam hati ni, ana rasakan selamat, kerna Dia selalu akan protect ana.Ana jua lebih tenang .Kerna Dia sentiasa menceriakan ana.Apabila ada Dia di dalam hati, ana rasakan lebih bersemangat untuk hidup."itulah luahan Maryam terhadap soalanku.

Sunday, 18 December 2011

sapu tangan



  " Para calon , sila berhenti menjawab." suara ketua pengawas jelas kedengaran. Alhamdulillah, itulah yang mampuku lafazkan saat itu. Jiwa yang hampir membeku dulu sudah mula cair kelegaan . Kedengaran juga laungan MERDEKA dari beberapa orang sahabatku.Masing-masing tersenyum lebar memengang slip peperiksaan SPM 2011 buat kali yang terakhir.
              Di saat kaki melangkah keluar daripada dewan peperiksaan, bangunan kelas tingkatan 1 di hadapanku mencuit memori-memori indah yang selama ini tersimpan rapi dalam sanubari .
"ZULAIKHA MOHD FIRDAUS, keluar dari kelas saya sekarang juga"cikgu Azmi benar-benar marah kepadaku. Mana tidaknya sedang beliau sibuk mengajar kami di hadapan kelas, tanganku tidak henti-henti menghantar serangan  pemadam Boieng 243 kepada Luthfi.Namun takku duga, kenakalanku, kedegilanku akhirnya dapat dilenturkan oleh bi'ah di sekolah ini.Syukur Allah tempatkan aku di sini.Bagiku kenangan ini telah menjadi sejarah yang akhirnya membentuk diri ini menjadi seorang insan.

            Masa berjalan dengan pantas sekali. Tanpaku sedar, kini aku sedang mengemas rapi barang-barangku untuk di bawa pulang.Perasaanku waktu itu tenang, lega , takut , suka dan sedih bercampur baur. Namun tidak dapatku nafikan perasaan sedih yang telah majoriti menutupi perasaanku. Bayangkan ini merupakan saat terakhir  kami bersama-sama  setiap masa. Tidur satu toto, makan satu dulang , stay- up sama-sama, kene brainwash together...banyak lagilah. Selepas ini masing-masing membuat haluan sendiri.
Apabila terkenangkan detik perpisahan itu, air mata ini terasa tidak mampu untuk disekat lagi..ya ALLAH , perit benar rasanya perpisahan itu.seakan susah untuk menerima bahawa hari esok sudah tiada lagi rutin harian kita bersama. 
    "Duhai hati, bersabarlah..akan ada kehidupan yang lebih baik untuknya dan untukku.Kau harus terima bahawa janji Tuhan itu pasti,yang hidup akan mati dan setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan" pujuk hatiku. 
    Di saat kami berpelukan di akhir perpisahan , sempat Maryam membisikkan padaku, " Zu, dulu kita bertemu kerana Allah dan ana yakin perpisahan ini jua keranaNYA. Andai Allah tidak pertemukan kita di dunia ini lagi,moga DIA pertemukan kita di padang Mahsyar kelak.Moga persahabatan ini memberi kebaikan untuk kita di sana" .Itulah kata terakhir Maryam Johari kepadaku.
 Setelah selesai semua barang-barang diisikan ke dalam bonet kereta, aku terus melangkah masuk ke tempat duduk kereta. Tak sanggup rasanya untuk berpaling kembali ke arah Maryam yang sedang melambai mesra dari cermin tingkap kereta.Air mata ini tidak daptku tahan lagi .Mengapa aku rasakan berat untuk meninggalkannya seakan-akan ini adalah pertemuan kami yang terakhir? Kulihat wajah Maryam dari kaca mata yang bergenang , wajahnya masih bercahaya walaupun air matanya mula mengalir.Mungkin itulah anugerah untuk mereka yang memelihara Kalam ALLAH. Kualihkan semula mataku dari pandangannya. Selamat tinggal sahabat..
Maryam berlari sekuat-kuatnya mengejar kereta wira tersebut, sambil tangannya memengang erat barang miliknya yang ingin diberikan kepada Zulaikha.Hanya  saat inilah peluang untuk dia bertemu dengan Zulaikha kerana Zulaikha akan bertolak ke New Zealand selepas ini untuk memudahkan perniagaan ayahnya di sana. "Zulaikha , tungguuuuu..." dia tercungap-cungap sambil melambai ke arah kereta wira tersebut berharap agar Zulaikha menoleh ke belakang.

BANNGGGG......
Terpancut darah merah pekat dari mulutnya.Seluruh badannya menggelupur kesakitan, namun tangannya masih erat mengenggam hadiah yang ingin diberikan kepada Zulaikha. Sempat dia mengalunkan syahadah sebelum Malaikat Maut menjalankan tugasnya.Zulaikha turun dari kereta.Hampir tercabut jantungnya melihat sekujur tubuh milik Maryam penuh dengan merah darah.Zulaikha memangku sahabatnya yang sudah tidak bernyawa itu. Tanpa peduli keadaan di sekelilingnya, dia terus merangkul Maryam dalam dakapannya sambil menangis teresak-esak. Hatinya bertambah hiba apabila melihat sapu tangan yang digenggam erat oleh Maryam.
Sapu tangan itu....Detik pertemuannya dengan Maryam bermula dengan sapu tangan yang kini berlumuran darah itu.
Pada waktu itu , bas sekolah padat sekali  dengan pelajar sehingga aku terpaksa berdiri di antara pelajar lelaki. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu. Tiba-tiba bekas polistren yang penuh dengan nasi terlepas dari tanganku , hasil tindakan inertia apabila bas itu berhenti. Sedang aku mengutip kembali butir-butir nasi tersebut ,ada tangan yang menghulurkan sapu tangan  dari belakangku. dia turut membongkokkan badannya untuk membantuku.Itulah Maryam Johari yang penuh dengan budi pekerti.
 Tidak pernah kujangka semua ini akan berlaku.Perpisahan itu memang yang terakhir.Namun tidak usahku persoal takdir Tuhan .Sungguh DIA maha Pengatur.Harus kuterima semua ini dengan hati yang redha.Allah lebih menyanyanginya...Tunggulah diriku di taman-taman Syurga nanti..insyaALLAH..